Iklan Nuffnang

Thursday, March 24, 2011

kenali melalui t-shirt

//BARU2 NI AKU ADA TERBACA PASAL KENALI DIRI MELALUI T-SHIRT ANDA...PEHHH,BAGI AKU APA YANG DIA TULIS TU HAMPIR TEPAT DGN PERSONALITI AKU...SO,HERE IT IS//

Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.

Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik

Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.

Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock

Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.

Gambar Iklan

Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.

Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan

Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.

Gambar Kolej Atau Universiti

Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.

Lukisan Tangan

Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.

Gambar Dengan Warna Neon

Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu

Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun

Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.

Kemeja T Yang Ketat

Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.

Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak

Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.

Baju T Kosong

Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah

Thursday, March 17, 2011

Nuclear!!

tebaboooommmmm~!!!!

agak2 meletup ke x meletup nuklear reactor kat jepang tu aaa?dah le baru lepas tsunami...sambung ngan reactor leak plk (btul ke leak?ntah lerr...) yang terbaru ribut salji.

itu le keadaan kat Jepun skang ni.ishk ishk ishk...arap2 kawan2 aku yang berada disana sihat2 ler hendaknya.AMIN!!!

tp tgh duk sibuk2 kat jepun tu,td dgr cite kat mesia pon dah ada kesan radiasi??hah??bila masa mesia ada reaktor nuclear ni...x cakap pon.mungkin kebocoran dekat MINT kot hahahaha~ kecoh aa wei..

nih tgk bideo kat bawah ni...nak lagi best klik kat title tu...aku dah link dgn 1 blogger baekkk punga (fans ARSENAL tuuuu...hahahaha~)

layannnzzzzz....

Friday, March 11, 2011

wooooo...hari yang mendebarkan

adeh adeh adeh...10 Mac 2011 adalah ari yang mendebarkan bagi pedagang2 emas.keh keh keh...jatuh bedebupp!!!nasib baik aku maintain cool (tapi dalam ati ada roler koster wahahahahaha~).


arap2 ari2 yang mendatang akan lebih baik dari ari 10 mac 2011.amin!!!
apa2 hal pon,nasik kukus pantai dalam mmg best...nasib la x sambar 2 bungkus smalam kekekekeke~

Tuesday, March 8, 2011

Aku, Muzik, Kamu?? tribute to Harimau Malaya --> Wiz Khalifa - Black And Yellow [Official Music Video]

muahahahaha...memandangkan perlawanan timbal balik yang bakal ditempuhi pasukan Harimau Malaya kita nanti jadi aku tributekan lagu ni utk team nas kita:




Monday, March 7, 2011

Aku, Muzik, Kamu? this time..its Taio Cruz - Higher ft. Kylie Minogue

alamak aiii..skang ni aku layan lagu ni plk.macam besssttttt je...jom weh,layan sama2..




now i know im gun’ get down on the floor


experiencing what you cant ignore

but something bout this beat just got me hooked

come over here and take a closer look

coz i cant get enough, i cant get enough

i cant stay on the ground (woah)

i cant get enough, i cant get enough

this is taking me now

its taking me higher, higher

higher off the ground (x2)


i do this for,

its just for the thrill,

i got this high, were bout to get a feel

this move has got me way over the sun

im dancing like i am the only one

coz i cant get enough, i cant get enough

i cant stay on the ground (woah)
http://www.elyricsworld.com/higher_lyrics_taio_cruz.html

i cant get enough, i cant get enough

this is taking me now


its taking me higher, higher

higher off the ground (x2)

the musics got me going higher

i feel like i can touch the sky

its taking me higher, higher

higher off the ground (x4)

Sunday, March 6, 2011

dah makan ke belum??

dah makan??beluim??kalau beluim..jom g makan hahahaha~ kita g makan makanan melayu aa dulu.tempat dia x jauh...sebelah MRR2 je.

RESTORAN ISTANA BAMBU!





(hehehe~ gambor tapau dalam internet je sbb aritu kepala pusing,so aku x snap gambor KUDOS TO TUAN GAMBOR!!)

apa yang best kat sini?aku rekemen aa korang datang sini..huhuhuhu~ bnyk best oooo...1st of all,mesti aa sbb scenery dia.fulamakkkkk...tangkap cintan beb.aku pegi aritu waktu malam dalam pkol 9 (lebey2...x de la sharp sngt hehehe).masa mula2 masuk kat parking dia, aku dah sumpah seranah.becak!!!ore klate kato "lecoh"...apa daaa...tp masuk je kat dalam bangunan dia...ati aku dah sssseeejukkkkkk dgn kadar yg pantas.sebabnya...bunyi cengkerik + air mengalir...perghhhh.macam duk kat kampung wa cakap lu.

kiri kanan entrance bangunan ada mini bendang..fuhh..dahsyatttt!tp x sempat nak kaji la plk dia pkai padi betul ke padi x betul (kalau korang pegi,korang check sdiri,ok?)jalan depan sikit ada kaunter receptionist.cakap je nak makan untuk 7 orang...terus dia bawak ke meja.

lepas order air...tunggu dalam 15min baru la air sampai.nak marah pon x bley aa sbb masing2 order air jus.dan aku yang order air teh mint pon terlibat la skali menunggu air masing2.walau pun lambat tp air jus dia mmg fresh & kawwww.patut pon lambat (kot..)

10min kemudian..makanan pon sampai.yesss..akhirnya.penantian perut berkeroncongku tamat jua.menu yang aku pesan:
2 small tomyam ciken (3-4 org / serving)
1 small lemon ciken (-ssda-)
1 small black pepper beef (-ssda-)
1 small fried crispy beef (-ssda-)
7 nasi putih

huhuhuhu~ aku mula2 mcm biasa aa,hirup sup.fuhhhh...boley tahan.tp sayang ayam dia serve skali ngan tulang,so aku skip isi...aku ambik kuah je.lemon ciken??antara paling awal habis selepas air...kui kui kui,tp aku x tau sedap ke x sdap sbb aku x sempat rasa hahahaha~ aku duk syok bedal Fried Crispy Beef daaa..Black Pepper pon aku bdal gak,tp agak pedas aa...so,lassssst skali yang bersisa adalah Black Pepper Beef.sori BPB,aku x larat nak abiskan sbb aku minum air panas...kalau aku order jus,mmg aku ratah je..

bil malam tu??aku bleh kata not bad laa..berbaloi.kalau korang rasa mahal pon mungkin sebab kebanyakan menu dia kita boleh dapatkan kat kedai2 makan biasa dgn harga yang jauh lebih murah.tp bagi aku,restoran ni mmg best (for special occasion)

PELAN LOKASI

walaupun restoran ni jenis open air,tp korang x yah risau la psl gigitan cinta si nyamuks2 tu.sepanjang aku duk lepak kat kedai tu,jangan kata nak gigit...nak tumpang lalu pon x penah nampak.huhuhuhu~ so,kulit bayi2 yang comel tu memang akan selamat la sepanjang berada di restoran ni,insyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...