Iklan Nuffnang

Thursday, October 14, 2010

Pengakuan???



Panas! Panas! Panasss?? x dok la panas sngt kot hehehehe...hmmmm,mStar kato sek kelate bertindak luar kawalan?ganas?baso dio doh...kawe pon muak doh dgr brito pasal sek penyokong kelate nih.hooligan stengoh ore kato...

>> PETIKAN THE RED WARRIORS <<

Ramai pemerhati sukan yang sudah menjangkakan perkara ini akan berjaya disensasikan Selangor seterusnya mendapat perhatian serius FAM kerana sememangnya Selangor diakui anak emas FAM. Nilailah sendiri kes menghantuk kepala pada pemain T-Team tempohari, apa tindakan FAM? Perlu diingatkan juga Kenapa FAM dan FAS tidak belajar dari pengalaman lalu, isu keselamatan seperti tiada pemeriksaan di pintu masuk, susun atur penyokong Kelantan yang tidak kena dan terhad, tidak mengasingkan pintu keluar bagi kenderaan penyokong dan pelbagai lagi kelemahan yang diabaikan pada perlawanan selasa lalu termasuk lambat bertindak ketika serang hendap di tempat duduk penyokong.

Perkara ini dibangkit bukan ingin menuding jari meletakkan kesalahan pada pihak FAS sahaja tetapi seperti sedia telah maklum KAFA telah banyak kejayaan dan pengalaman dalam mengawal penyokong pada tahun ini. Kawalan pintu masuk sering diperketatkan dan meminta bantuan pihak keselamatan supaya segera menangkap penyokong yang cuba mencetus kekecohan samada menggunakan bunga api, mercun atau sebagainya. Banyak barangan larangan yang dibawa masuk ke stadium berjaya disekat dan dirampas. Ini antara bukti kesungguhan KAFA dalam menangani isu kekecohan penyokong.

KAFA berani memberi jaminan tiada insiden buruk akan berlaku pada jumaat ini kerana KAFA telah meminta pihak keselamatan menambah 4 kali ganda daripada jumlah anggota polis, pegawai dan rela yang biasa ditugaskan. Keganasan penyokong adalah isu global dunia bolasepak yang terbukti sukar dihapuskan dimana-mana negara sekalipun tetapi ianya boleh dikurangkan dan dikawal. Sekiranya FAM boleh memaafkan pasukan negeri lain yang sering dilihat penyokong mereka bertindak ganas, apa salahnya pihak KAFA merayu pada FAS dan FAM bagi mewakili kehendak seluruh penyokong Kelantan menyaksikan perlawanan ini di Kota Bharu.

KAFA juga menyeru peminat Kelantan supaya menjaga imej dan tingkah laku mereka. Bersabar dan bertenang dalam menangani isu ini. Jadikan ini sebagai pengajaran yang boleh melembutkan hati penyokong Kelantan dalam memahami jiwa dan hati penyokong cilik, wanita dan yang datang bersama keluarga menyaksikan bolasepak dengan aman. Kini bolasepak Kelantan bukan hak milik peribadi penyokong lelaki sahaja, malah penyokong lelaki sepatutnya menjadi pelindung pada penyokong istimewa ini.

Tiada guna kita mengutuk keganasan dikalangan penyokong Selangor tetapi masih menyimpan dendam ingin melakukan keganasan yang sama. Sepatutnya sebagai pendokong negeri Serambi Mekah perlu ada sifat memaafkan kerana yakinlah tidak akan bacul seseorang itu sekiranya dia menggunakan akal dan iman dalam sesuatu tindakan mereka.

KAFA juga akan cuba menjemput Sultan Muhammad ke V mencemar duli menyaksikan perlawanan jumaat ini dan turut menjemput Menteri Besar dan barisan exco sekiranya dapat menghadirkan diri dan diingatkan juga ianya masih dalam plan jemputan. Oleh itu sekali lagi pihak KAFA menyeru sekiranya stadium Kota Bharu tetap menjadi gelanggang jumaat ini para penyokong diminta menjaga tingkah laku mereka bagi memulihkan kembali imej penyokong Kelantan yang sering tercalar.

>> http://www.theredwarriors.com/v2/ <<

hok buruk2 tu bui je kat sek kelate kito ni...no hal lah

3 comments:

  1. hehehe hok buruk2 meme doh bui ko klate jah, hok comei2 ni bui ko sek dio. xpo la, kita bsabar je la. ore buat bodo, xkn kita nk buat bodo jugok, yo dok.

    ReplyDelete
  2. sabar..jgn la nok gocoh sokmo..hehehe

    ReplyDelete
  3. ore kelate ken redho je la...nok buat guano doh.dok pon pakak boikot piala malaysia kekekeke~ budus...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...